PEMANDUAN BERHEMAT

KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT

BAHAGIAN 1
DEFINASI  KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT

Pemanduan yang  dapat mengelakkan dan menyelamatkan daripada berlaku kemalangan. Pemanduan oleh pemandu yang mempunyai perkara berikut:-

PENGETAHUAN mengenai undang-undang jalan raya, Konsep  Pemanduan Berhemat dan peraturan-peraturanya.
KEMAHIRAN yang tinggi dalam aspek pemanduan,
SIKAP yang betul ketika memandu serta,
MENGAMALKAN formula mencegah kemalangan dalam menghadapi pelbagai halangan semasa di jalan raya bagi menyelamatkan nyawa, harta dan masa pengguna jalan raya.

LANGKAH- LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN

Mengenalpasti – Apa-apa benda/perkara yang boleh menyebabkan
                           seseorang terlibat dalam kemalangan.
Menganalisa    – Bagaimana benda-benda tersebut boleh memberi kesan
                           kepada anda semasa memandu.
Membuat keputusan.- Apakah keputusan terbaik dan paling selamat anda
                                   buat semasa memandu
Bertindak-  Semua perkara di atas tidak cukup untuk digunakan jika
                  keupayaan anda sebagai pemandu tidak boleh
                  mengendalikan kenderaan anda selamat dari bahaya.

Anda haruslah bertindak dengan cepat bagi mengelakkan bahaya tersebut, jangan ambil sikap tunggu dan lihat sahaja. 

MERANCANG PERJALANAN
Kemalangan boleh di elakkan jika setiap perjalanan
dirancang dengan betul dari segi;

 Masa perjalanan.
 Keadaan mental dan fizikal.
 Keadaan kenderaan.
 Tempat berhenti rehat.
 Barang keperluan untuk perjalanan.

PEMANDUAN SEMPURNA
Matlamat Konsep Pemanduan Berhemat ialah supaya
pemandu menjadi pemandu sempurna. Pemandu sempurna
dapat di ukur dari kualiti pemanduan apabila tidak terlibat
dengan perkara-perkara berikut:-

 Kemalangan
 Melakukan kesalahan lalulintas.
 Menyalahgunakan kenderaan.
 Melewatkan jadual perjalanan.
 Menghilangkan sifat kesopanan.

BAHAGIAN 2
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     KEDUDUKAN BAGAIMANA KEMALANGAN BOLEH BERLAKU
Pemandu perlu mengenalpasti kedudukan kenderaan yang boleh terlibat
dalam perlanggaran antara dua buah kenderaan.
Terdapat enam (6) kedudukan pelanggaran iaitu:-
1.   Pelanggaran dengan kenderaan di hadapan.
Sebab:
   Mengekori kenderaan terlampau rapat.
  Tidak melihat isyarat kenderaan di hadapan.

2.     Pelanggaran dengan kenderaan di belakang.
             Sebab:
 Tidak melihat cermin pandang belakang.
  Tidak mengamalkan peraturan jarak, jika kenderaan di
      belakang mengekori terlampau rapat.
  Gagal memberi isyarat  dalam masa yang mencukupi

3. Pelanggaran ketika memotong.
Sebab:
 Tidak bijak membuat keputusan/keyakinan untuk memotong.
 Tidak mengamalkan peraturan memotong.
 Gagal melihat ke hadapan pada jarak 100 meter/peraturan 12
     saat.
 Gagal memeriksa kawasan Blind Spot dengan menoleh ke
    kanan.   

4. Pelanggaran ketika di potong.
Sebab:
Gagal mematuhi peraturan penggunaan lorong.
 Tidak melihat cermin pandang belakang.
 Pemandu tidak beri kerjasama.

5. Pelanggaran dari sebelah tepi/dipersimpangan jalan.
Sebab:
 Tidak merancang perjalanan
  Gagal beri isyarat.
  Tidak mengamalkan peraturan di persimpangan

6. Pelanggaran dengan kenderaan dari arah hadapan.
Sebab:
 Gagal melihat ke hadapan pada jarak 100 meter /  peraturan 12.
 Tidak mengamalkan peraturan mengelak kemalangan dari  arah
     hadapan.
 Sikap pemandu tidak bertimbang rasa dan sombong– enggan
    mahu mengalah.

BAHAGIAN 3

KEADAAN-KEADAAN YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN
Sebagai pemandu yang berhemat,  anda perlu mengenalpasti keadaan-keadaan
atau faktor yang boleh menyebabkan kemalangan. Terdapat enam (6) Keadaan,
iaitu:-
1.     Pemandu
Merupakan faktor utama dan terpenting sekali.
 Keadaan fizikal – letih, mengantuk, marah, bimbang dan cemas.
 Keadaan mental - fikiran dan emosi tertekan.
 Kesihatan- mengguna ubat yang tidak mendapat kelulusan doktor.
 Sikap - minum minuman keras atau dibawah pengaruh dadah.
 Tidak patuh tanda isyarat, tidak sabar dan bertimbangrasa, panas baran
  dan sebagainya.
 Tidak pandai menyesuaikan dengan keadaan cuaca atau jalan.
 Tidak patuh peraturan lalulintas.
2.     Jalan
 Perlu memahami fungsi jalan raya.
  Pastikan kelajuan kenderaan mengikut keadaan jalan
    seperti jalan rosak, licin, dalam pembinaan.
  Kurangkan kelajuan semasa hujan kerana air bertakong
    Hydro planning’ .
3.  Kenderaan
Sesuaikan diri dengan kenderaan sebelum memandu.
  Uji keadaan brek, lampu brek, lampu, lampu isyarat
    dan hon sentiasa berfungsi.
  Tayar  .
  Pengelap cermin.
  Talipinggang keledar dsbnya.
4. Cuaca
Hujan lebat
 Kabus tebal.
 Hujan lebat diikuti angin kencang.
 Cermin motokar
 Sistem penghawa dingin.

  5.  Cahaya
Memandu dengan menghadap cahaya matahari.
  Silauan embun pagi.
  Cahaya lampu kenderaan hadapan.
  Cahaya lampu tepi jalan.
  Spot light
  Akibat silauan, mata pulih dalam masa 7 saat.   
  Jika memandu kelajuan 70 km/j, jarak motokar
       bergerak sejauh   140 meter.

6.    Lalulintas
Kenal pasti waktu kesesakan lalulintas;
Pagi            -    ( 7.00 pagi – 8.00 pagi)
Tengahari  -    (12.00 tengahari – 1.00 tengahari)
Petang       -    ( 4.00 petang – 5.00 petang)

Tempat yang biasa sibok -Kawasan kilang, pusat membeli
belah, sekolah dan lain-lain.

BAHAGIAN 4

HALANGAN SEMASA PEMANDUAN
Definasi Halangan

Merupakan elemen-eleman yang dikenalpasti boleh
mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada pemandu.
Terdapat tiga (3) bentuk halangan iaitu :-

  Bentuk fizikal: Persimpangan jalan, bulatan, selekoh,     
                           bukit tinggi dan lain-lain.
(ii)  Kedudukan dan pergerakan lain-lain pengguna jalan raya.
(iii) Permukaan jalan dan keadaan cuaca.

Pelan Tindakan Halangan 
’The Hazards Action Plan’
Pemandu perlu mengamalkan empat (4) langkah untuk mencegah kemalangan, iaitu:-

  Mengenalpasti ( Define) -   Potensi halangan
  Menganalisa (Analyse)  -    Kemungkinan boleh memberi
                                           kesan kepada keselamatan
                                           pemandu  
  Buat keputusan (Decide) – Beri pertimbangan dan buat 
                                           keputusan apakah tindakan yang
                                           terbaik yang perlu diambil
  Bertindak (Act) -    Bertindak dengan selamat dengan
                             menggunakan sistem kawalan kenderaan
                             yang baik.

Sistem Kawalan Kenderaan
Peralatan yang mesti digunakan semasa memandu di kawasan merbahaya:-

Cermin -  Sentiasa melihat cermin pandang belakang dan tepi untuk melihat
              kedudukan kenderaan lain, mungkin ada kereta yang mengekori
              terlalu hampir.
Isyarat - Tunjukkan perhatian lebih awal dan perhatikan reaksi lain-lain
              pengguna jalan raya.
Brek -     Membrek mengikut keperluan keadaan dan elakkan membrek
              dengan tiba-tiba/mengejut.
Gear -     Pilih serta gunakan gear yang sesuai dengan kelajuan kenderaan.

Kelajuan - Melajukan /perlahankan kenderaan bergantung kepada jenis bahaya.

BAHAGIAN 5
PERATURAN – PERATURAN PEMANDUAN
Pemandu perlu mempelajari dan mematuhi beberapa peraturan
semasa memandu iaitu:-
Peraturan Jarak.
Peraturan Memotong
Peraturan Mengelak Kemalangan Daripada Hadapan.
Peraturan di Persimpangan.

1.    PERATURAN JARAK
Pemandu memerlukan masa dan jarak yang mencukupi untuk berhentikan kenderaan dengan selamat, apabila kenderaan di hadapan berhenti dengan tiba-tiba. Kerana semakin laju kenderaan yang dipandu, semakin jauh jarak berhenti yang diperlukan.

Terdapat tiga (3) peraturan jarak yang telah diakui boleh menjamin jarak mengekori kenderaan di hadapan dengan
selamat iaitu:-

Peraturan 2 saat,  Peraturan 4 saat,  Peraturan 12 saat.

Bagaimana peraturan ini digunakan;

Mempunyai 3 ciri penting yang perlu di ketahui dan
di ambilkira :-

  Kelajuan kenderaan yang dipandu adalah sama dengan
    kenderaan yang diekori.

  Pilih satu tanda yang tidak bergerak di tepi jalan untuk
    dijadikan panduan.

  Tidak melihat ‘ speedo meter ‘ untuk menentukan kelajuan.

Kaedah nya:-
Peraturan 2 saat :-

     Apabila sebaik sahaja kenderaan yang diekori melintas  tanda yang telah dipilih  sebelumnya seperti tiang  telepon, maka perkiraan hendaklah dimulakan dengan mengira ” satu ribu satu, satu ribu dua”.

    ’ Sekiranya kenderaan yang dipandu tiba sebelum tiang telepon yang dijadikan pedoman tadi, maka jarak mengekori adalah dianggap selamat. Tetapi, sekiranya kenderaan yang dipandu tiba sebelum perkiraan habis dibuat, maka jarak mengekori adalah dianggap tidak selamat. Tindakan memperlahankan kenderaan hendaklah dilakukan ’.

   Peraturan 4 saat

Prinsip yang sama dengan peraturan dua saat digunakan.
Peraturan ini boleh digunakan pada mana-mana kelajuan apabila
berada dalam keadaan berikut:-

Kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat.
Kenderaan di hadapan mengekori rapat dengan kenderaan di
    hadapannya.
Semasa menarik kenderaan/towing.
Keadaan cuaca yang buruk, jalan yang licin atau berpasir.

Peraturan 4 saat akan memberikan jarak yang lebih jauh
bagi pemandu kenderaan untuk berhenti dengan selamat.   

   Peraturan 12 saat.
Pandangan imbasan 12 saat atau 100 meter ke hadapan ialah untuk membolehkan pemandu memerhati lalulintas dari mana-mana arah didalam masa yang sesuai untuk menyesuaikan kelajuan.

Penggunaan teknik yang sama dengan peraturan 2 saat dan 4 saat.

2.    PERATURAN MEMOTONG
Pemandu yang berhemat mestilah memahami dan mempelajari teknik-teknik memotong yang betul. Memotong kenderaan adalah diperlukan dalam keadaan berikut:-

 Kenderaan dihadapan bergerak terlalu perlahan.
 Kenderaan hadapan menukar haluan.
 Mengekori kenderaan hadapan yang mungkin boleh
   menyebabkan kemalangan.

Terdapat 10- Peraturan Semasa Memotong
1  Berada di belakang.
   - amalkan peraturan jarak 2 saat.

2. Periksa dihadapan
    - amalkan peraturan 12 saat atau jarak 100 meter ke hadapan.
    - masa hanya sekurang-kurangnya 10 saat untuk melepasi 
      kenderaan yang dipotong.

3. Periksa dibelakang.
   - tiada kenderaan lain yang hendak memotong. periksa kawasan ”Blind Spot”.

4. Memberi isyarat ke kanan.
   - beri isyarat lampu ke kanan sekurang-kurangnya 3 saat.
   - terus amalkan peraturan 12 saat atau jarak 100 meter ke hadapan.

5. Bergerak ke kanan.
    - pastikan ruang yang cukup dan jarak selamat.

6.  Melajukan kenderaan.
   - kawal kenderaan dan memotong dengan berhati-hati.
   - dengan kelajuan yang dibenarkan.

7. Komunikasi.
    - beri sebarang isyarat sebagai tanda sedang memotong.

8. Beri isyarat ke kiri.
   - beri isyarat lampu ke kiri sekurang-kurangnya 3 saat.
   - pastikan ruang yang cukup dan jarak selamat.

9  Bergerak ke kiri.
   - pastikan ruang yang cukup untuk berada di depan.
   - dapat melihat kenderaan di belakang melalui cermin pandang
     belakang.

10. Menyambung kelajuan.
     - berada di lorong yang betul.
     - amalkan peraturan jarak 2 saat dan peraturan pandangan imbas 12 
       saat ke hadapan.

PERATURAN MENGELAK KEMALANGAN
    DARI HADAPAN
Kemalangan terjadi apabila pemandu kenderaan tidak mematuhi peraturan lalulintas dan memandu secara tergesa-gesa dan tidak bertimbang rasa.Terdapat empat (4) peraturan untuk di amalkanya:-

1.  Melihat jalan di hadapan.
   -  amalkan peraturan 12 saat untuk mengawasi keadaan
      jalan dan kedudukan pergerakan kenderaan dari 
      arah hadapan.
2.  Bertindak dengan bergerak ke kiri.
     - untuk memberi ruang kepada kenderaan dari hadapan yang mungkin
       memerlukannya.
     - membuat pemerhatian dan bergerak ke sebelah kiri jalan, jika keadaan
       mencemaskan.
3.  Mengurangkan kelajuan
    - kawal kenderaan serta bunyikan hon atau nyalakan  lampu sebagai
      amaran.
4.  Memandu keluar daripada jalan raya.
      - langkah yang bijak untuk mengelakkan kemalangan.

4.    PERATURAN DI PERSIMPANGAN.
1.  Tahu arah.
     - menetapkan haluan perjalanan dari awal sebelum sampai di persimpangan.
     - sentiasa memikirkan tentang bahaya di persimpangan.

2.  Perlahankan kenderaan di persimpangan.
    -  sentiasa berwaspada apabila melintasi persimpangan walau pun berada di 
       jalan/lorong yang utama.

3.  Memperlihatkan hasrat melalui kedudukan dan isyarat.
    - beri isyarat lampu apabila hendak menukar haluan atau membelok.
     - tentukan kedudukan motokar di lorong yang betul.

4.  Bergerak dengan berhati-hati.
     - pastikan keadaan jalan adalah selamat.
    - memandu dengan berhati-hati dan bersedia untuk berhenti jika wujud keadaan
      bahaya.

   LAIN-LAIN PERSIMPANGAN:-
Simpang Empat
Simpang Tiga
Bulatan

BAHAGIAN 6

OLAHGERAK

Olahgerak ialah proses pergerakan kenderaan
di atas jalan raya. Ia mempunyai  tujuh (7)
olahgerak iaitu :-
1.  Pergerakan ke dalam
Maksudnya masuk mengikuti aliran lalulintas.
Dari bahu jalan masuk ke jalan raya.
Jalan susur masuk.
Dari tempat meletak kereta kenderaan.
Menukar lorong
Memasuki bulatan.

2.  Pergerakan ketika berada di atas jalan raya
Maksudnya masuk memandu di laluan yang betul dan 
kedudukan yang baik.
Bergerak di atas jalan raya..
Jalan berselekoh.
Permukaan jalan yang rosak.
Menukar lorong
Memasuki bulatan.

3.  Pergerakan bersama aliran lalulintas
 Maksudnya mengawal kenderaan dengan selamat dan lancar didalam kedudukan yang betul dengan kenderaan lain.
Mengekori kenderaan.
Berada di hadapan kenderaan lain.
Mengelakkan olahgerak yan boleh menghalang lalulintas.

4.  Pergerakan melintas
Maksudnya kenderaan bergerak melalui suatu jalan
di mana terdapat kenderaan lain yang mungkin bergerak
melepasi laluan seorang pemandu.
Persimpangan.
Lintasan pejalan kaki/kanak-kanak sekolah.
Lintasan keretapi.

5.    Pergerakan ketika memotong dan dipotong
Maksudnya perjalanan dalam arah yang sama tetapi pada
kelajuan yang berbeza atau mendahului kenderaan lain.

6. Pergerakan berpusing balik
Maksudnya memandu kenderaan ke arah yang asal.
 Mengunndur kenderaan.
 Meletak kenderaan.
 Melakukan pusingan U
 Pusingan tiga penjuru

7. Pergerakan keluar
Maksudnya  melakukan olakgerak keluar daripada
aliran lalulintas.
 Berhenti atau meletak kenderaan.
 Susur keluar.
 Membelok ke kiri.
 Membelok ke kanan.

BAHAGIAN 7

KEPUTUSAN / TINDAKAN SESEORANG PEMANDU

Seseorang pemandu akan membuat keputusan dan tindakan
yang terbaik jika mengamalkan perkara-perkara berikut :-

 Memahami Konsep Pemanduan Berhemat.
 Mengenalpasti bahaya dan halangan yang di tempohi.
 Kedudukan kenderaan yang boleh menyebabkan perlanggaran.
 Keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan kemalangan.
 Mengamalkan peraturan-peraturan pemanduan.
 Memahami olahgerak kenderaan semasa di jalan raya.
 Mengamalkan formula mencegah kemalangan.

Kesimpulannya - Dengan mengguna dan mengamalkan semua
perkara di atas, barulah seseorang pemandu mampu dapat
membuat keputusan yang bijak dan dapat bertindak dengan selamat
semasa di jalan raya.
http://lp-services.blogspot.com/ 
Share:

0 comments:

Satu Malaysia

Satu Malaysia
Dikuasakan oleh Blogger.
Lazada Malaysia

Facebook

'; /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })(); '; // required: replace example with your forum shortname /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function () { var s = document.createElement('script'); s.async = true; s.type = 'text/javascript'; s.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/count.js'; (document.getElementsByTagName('HEAD')[0] || document.getElementsByTagName('BODY')[0]).appendChild(s); }());

Recent Posts

Pages

Theme Support