Adakah anda tahu mengenai Minisite Template untuk Wordpress ?

salam sejahtera,

Disini, saya ingin membincangkan mengenai Minisite Theme yang telah diintegrasikan dengan sistem Wordpress. Ramai IM-IM sekarang lebih suka memilih menggunakan salesletter biasa berbentuk HTML dan kemudian dibuat beberapa page untuk digabungkan.

Dan jika anda lihat bahawa kebanyakan designer akan hanya akan memberi
anda satu fail html sahaja dan anda perlu copy page tersebut untuk mendapatkan satu bentuk theme yang sama. Kini stail tersebut bagi saya
ia sudah lapuk dan Minisite kini perlu memasuki dimensi baru bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti satu-satu minisite.

Terdapat banyak kelebihan-kelebihan sekiranya minisite diintegrasikan dengan Wordpress dan di antaranya ialah

1. Wordpress merupakan perisian yang user-friendly dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk memahaminya.

2. Wordpress adalah sangat mesra SEO kerana strukturnya yang teratur
dan google gemar mengindeks blog yang berasaskan Wordpress berbanding

yang lain. Sekiranya anda pandai dalam SEO, ia menjadi satu kelebihan untuk anda.

3.Wordpress juga mempunyai banyak plugin-plugin yang berguna dan sesuai untuk diintegrasikan dengan sistem minisite.

Pada awalnya anda mungkin memikirkan bahawa Minisite theme untuk

Wordpress adalah melecehkan. Hakikatnya ia tidak begitu. Sekiranya anda pernah berblogging menggunakan Wordpress anda akan melihat potensinya tiada batas!

Sahabat saya hidayat aka Madno baru sahaja melancarkan produk barunya iaitu Ministe Template untuk Wordpress dan untuk makluman anda ia diberikan secara percuma!

Anda juga boleh join program PPL yang baru sahaja dilancarkan. Anda cuma perlu promosikan link affiliate tersebut dan setiap download yang terhasil anda akan mendapat RM0.50.SILA LAYARI;
http://www.minisiteforwp.com/index.php?ref=mfouad72


atau



Selamat mempromosi :)
Share:

Kutamaan Sedekah

DARI Ka'ab bin 'Ajarah ra, katanya, Rasulullah saw telah bersabda kepadanya, ujarnya: "Ya, Ka'ab bin 'Ajarah! Sebenarnya tidak akan masuk ke dalam syurga segumpal daging dan darah yang tumbuh dari keharaman,bahkan api neraka lebih tepat baginya. Ya, Ka'ab bin Ajarah! manusia ini ibarat dua orang pengambara, seorang sedang berupaya melepaskan dirinya dan berhasil memerdekakannya, dan yang seorang lagi sedang berusaha mencelakakan dirinya. Ya, Ka'ab bin 'Ajarah! solat itu satu pengorbanan,puasa merupakan penangkal dan sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti halnya gumpalan salju lenyap dadi puncak bukit batu". - (Hadis riwayat Ibnu Hibban dalam shahihnya).
Dan dari Mu'adz bin Jabal katanya: "saya dalam perjalanan bersama dengan Nabi saw - sampai pada akhir keteranganya disebutkan sebuah hadis, katanya - :Kemudian beliau - maksudnya Nabi saw bersabda: "Mahukah kalian saya tunjuki pintu-pintu kebajikan?" Tentu, ya, Rasulullah,jawab saya. Maka sabdanya lagi: "puasa iti penangkal dan sedekah itu pemadam kesalahan seperti air memadamkan api". - (Riwayat At-Turmudzi dan dikatakan hadis hasan shahih).
Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir dan Al-Baihaqi katanya: "sabda Rasulullah saw,sesunguhnya sedekah itu menolong orangnya dari panasnya kuburan; Sesunguhnya orang mukmin di hari kiamat kelak hanya akan dapat berteduh di bawah naungan sedekahnya". - (At-Tabarani dalam Al-Kabir dan Al-Baihaqi dari 'Aqabah bin 'Amir).
Diriwayatkan dari Maimunah binti Sa'din bahawa ia pernah berkata: Ya, Rasulullah,berikanlah keterangan kepada kami tentang sedekah, maka sabdanya: "Bahawa sesunguhnya sedekah itu merupakan penyanggah dari api neraka bagi siapa yang melakukannya dengan ikhlas semata-mata kerana ingin memperoleh keredhaan Allah 'Azza wa jalla". - (Riwayat Al-Tabarani).








Share:

Candu

Candu

Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi candu
Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
Cara penggunaan
Menyuntik , menelan, menghisap
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

JANGAN JADI HAMBA DADAH
Share:

11 jenis manusia didoa malaikat

" Dalam menghadapi cabaran kehidupan, manusia memerlukan sokongan malaikat."

Percaya kepada malaikat adalah rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan sahaja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah;
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaianya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:"Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakan: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.' "
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesunguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selasai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat akhir al-Fatihah sehingga selasai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul saat solat subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada meraka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba Ku?"
Meraka menjawab; 'Kami datang sedangkan meraka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan meraka sedangkan meraka sedang melakukan solat, ampunilah meraka pada hari kiamat."
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakanya adalah doa yang dikabulkan. Pada kepalanyaada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan,malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasululah s.a.w bersabda, maksudnya; "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasululah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasululah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh."

Itulah antara meraka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.



Share:

SYABU

syabu

alat untuk menghisap syabu
Syabu(dmethamphetamine hydrochloride)
Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
Nama lain
Ice,batu,glass,crack meth & hiropong
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

pesanan;
JANGAN JADI HAMBA SYABU
Share:

sawa


sawa...,kat kampung aku dulu.....,dulu la....mudah sangat terserampak ngan benda ni.tapi zaman dah berubah...perubahan tu aku rasa bukan di sebabkan perubahan alam.jangan lah kemajuan dari segi pertanian di jadi kan alasan hilangnya habitat asal benda ni.pada aku la...punca kepupusan benda ni....(boleh kata kan pupuslah benda ni kat tempat aku,sebab memang susah sekarang ni aku nak terserampak ngan benda ni.tak macam dulu....boleh di katakan tiap-tiap malam aku jumpa benda ni.)di sebabkan benda ni berharga dan permintaannya cukup tinggi.bayangkanlah harga sekilo boleh mencecah dari rm10 hingga ke rm20.cukup lumayan kan...tapi apakah erti nilai yang tinggi itu jika genarasi akan datang tak kenal benda ni.... apa pun benda ni makhluk allah juga.dia pun nak hidup dan ada genarasi dia juga.
Share:

pt.betong darat

pt.betong darat dari jambatan rumah aku

penghujung pt.betong ialah bukit alam
pt.betong berada dearah batu pahat. pekan yang berhampiran ialah pt.sulong
Share:

Satu Malaysia

Satu Malaysia
Dikuasakan oleh Blogger.

Facebook

Recent Posts

Theme Support