KEHEBATAN


MINYAK  KELAPA  DARA

Minyak kelapa dara adalah terdiri dari sekitar 60 % fatty acids. 50 % dari kandungan fatty acids tersebut adalah merupakan lauric acid dan sekitar 6-7 % adalah merupakan  capric acid. 
Lauric acid dan Capric acid, kedua-duanya adalah merupakan ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna  dalam tubuh samada manusia atau pun haiwan. Kedua-duanya digunakan oleh tubuh badan untuk membuat ‘fatty acid derivative’ yang dipanggil monolaurin dan monocaprin. Terlalu banyak hasil kajian dan penemuan yang telah membuktikan akan  fungsi kedua-duanya. 
     
Monolaurin dan monocaprin adalah bersifat antiviral, antibakterial, dan antiprotozoal, yang  digunakan  oleh
tubuh sama ada manusia atau pun haiwan untuk memusnahkan lapisan lipid dan phospholipids pada ‘envelope’ virus yang menyebabkan disintegrasi ‘envelope’ berkenaan.
  
Hal  ini  meliputi  virus   seperti   HIV herpes, cytomegalovirus, influenza ,  beberapa bacteria
pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori serta protozoa seperti giardia lamblia.

Saperkara yang tidak kurang pentingnya, minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.
Yang menggembirakan, minyak kelapa dara tidak mengandungi ‘trans fatty acids’ yang didapati merbahaya pada tubuh yang selalu terdapat pada minyak tumbuhan termasuk minyak zaitun, margerin, shortening dan lain-lain.  (‘Trans fatty acids’ boleh meningkatkan paras bahaya kolesterol yang menyebabkan arteries tersumbat, sakit jantung dan type II diabetes).

Sehingga kini, melalui penyelidikan telah dibuktikan bahawa Minyak Kelapa Dara  terbukti mampu mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, membantu mereka yang mengidap diabetes dan kelesuan yang teruk,  berkesan dengan baik sebagai pra cuci kondisioner rambut (pre wash hair condisioner) menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit, mengatasi psoriasis, ruam, eczema serta menghalang kulit berkedut.

KENYATAAN PAKAR
berhubung
                                                      MINYAK KELAPA  DARA.


Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia.”

Dr. Bruce Fife :
Director of the Southern Colorado  Chapter  of   the Weston A. Price Foundation

Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”.

Dr. John J. Kabara,
Ph.D
Professor Emeritus, Department of Chemistry and Pharmacology (Universiti MichiganUSA)

Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang amat berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda”.

Dr. Mark Atkinson   
Holistic Medical Pyysician MBBS Bsc (Hons)FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinical Nutrition)

Minyak Kelapa Dara adalah salah satu ‘functional food’ yang sangat penting untuk abad ke 21. Dengan terdapatnya data serta maklumat klinikal dan saintifik berhubung dengan khasiat kesihatan dan sifat-sifat antimicrobial yang ada pada lauric oil secara amnya dan minyak kelapa secara khususnya, menjadikannya sangat menarik.”

Prof. Mary G. Enig:
Director,Nutritional Science Division, Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue 500 Silver Spring, MD 20904-263USA

 


Share:

0 comments:

Satu Malaysia

Satu Malaysia
Dikuasakan oleh Blogger.
Lazada Malaysia

Facebook

'; /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })(); '; // required: replace example with your forum shortname /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function () { var s = document.createElement('script'); s.async = true; s.type = 'text/javascript'; s.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/count.js'; (document.getElementsByTagName('HEAD')[0] || document.getElementsByTagName('BODY')[0]).appendChild(s); }());

Recent Posts

Pages

Theme Support