Pusat Membeli-Belah Dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara Terus Melabur dalam mCommerce - Lazada melancarkan app membeli-belah mudah alih untuk iPhone dan iPad

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Januari 2014 -- Lazada, pusat membeli-belah dalam talian
terbesar di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan peluasan repertoir mudah alihnya
dengan pelancaran app bagi iPhone dan iPad di seluruh rantau ini. Pelancaran ini adalah
berikutan pusingan pelaburan terkini Lazada yang telah mencecah AS$ 250 juta daripada para
pelabur termasuklah peruncit besar antarabangsa, Tesco.
Kejayaan app Lazada untuk Android telah mendorong penciptaan app baharu bagi iPhone dan
iPad ini. Dioptimumkan sepenuhnya untuk iOS 7, app ini membolehkan para pembeli yang sibuk
untuk mengimbas pelbagai jenama dan rangkaian produk yang luas di Asia Tenggara dengan
lancar menerusi pelbagai kategori termasuk barangan elektronik pengguna, alatan, pakaian,
kasut dan aksesori. Pengalaman pengguna dan kemudahan yang disediakan sentiasa menjadi
keutamaan di Lazada dan pelancaran app ini akan terus memberi penambahan kepada tawaran
yang disediakan:
Pengimbasan yang pantas dan lancar bagi rangkaian produk Lazada
Skrin penuh dan modus zum untuk melihat produk dengan lebih terperinci
Berbilang penapis untuk memudahkan pengasingan produk mengikut saiz, warna, jenama dan
harga
Konfigurasi fleksibel yang menawarkan penggunaan dalam lebih empat bahasa
Kaedah pembayaran yang mudah dan selamat – Kad Kredit, Bayar Waktu Terima dan
Pindahan Bank
Kod diskaun yang eksklusif dan pemberitahuan tentang tawaran khas
"Didorong oleh perkembangan telefon pintar dan tablet berkos rendah secara besar-besaran,
kami menyaksikan lonjakan teknologi yang hebat di rantau ini. Trafik mudah alih Lazada juga
telah meningkat sebanyak lebih tiga kali jumlah asalnya dalam tempoh 12 bulan lalu dan telah
pun membentuk sebahagian yang besar daripada pendapatan kami," kata Maximilian Bittner,
Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Group. "Kami percaya mCommerce merupakan masa depan
bagi kaedah membeli-belah dalam talian. Kami mengiktiraf keperluan pelanggan dan juga
kemudahan mudah alih. Maka, kami berhasrat untuk melancarkan app baharu kami untuk iPhone
dan iPad."
Menurut kajian yang dijalankan oleh Nielsen pada bulan September 2013, penduduk di Asia
Tenggara telah menghabiskan masa lebih 3 jam setiap hari kerana menggunakan telefon pintar.
Kemasukan telefon pintar sebanyak 80% ke Malaysia merupakan salah satu yang tertinggi di
Asia Pasifik. Hampir separuh (47%) daripada para pengguna memiliki berbilang telefon bimbit.App Lazada baharu untuk iPhone dan iPad ini boleh didapati secara percuma bermula pada
16 Januari 2014. Dalam tempoh 72 jam pertama pelancarannya, para pengguna yang memuat
turun app berkenaan akan mendapat diskaun eksklusif sebanyak RM30 bagi sebarang pembelian
dengan jumlah minimum RM70. Di samping itu, Lazada bercadang untuk memberikan kejutan
kepada tiga pembeli bertuah yang membeli menerusi app baharu tersebut dengan memberikan
tiga baucar bernilai RM500. Cabutan bertuah ini adalah layak untuk para pembeli yang membeli
menggunakan app tersebut bermula pada 19 hingga 31 Januari.
Latar Belakang Lazada
Lazada (www.lazada.com.my) merupakan pusat membeli-belah dalam talian paling besar di
Asia Tenggara dan menjadi perintis e-dagang dengan menyediakan pengalaman membeli-belah
dalam talian yang pantas, mudah dan selamat, digabungkan dengan tawaran produk yang luas
dalam pelbagai kategori yang terdiri daripada telefon bimbit & tablet dan barangan elektronik
pengguna hinggalah kepada barangan keperluan rumah, alat permainan, fesyen dan peralatan
sukan. Lazada terus berusaha menawarkan pengalaman membeli-belah yang terbaik kepada
para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai kaedah pembayaran termasuklah bayar waktu
terima, komitmen jaminan yang luas serta pulangan percuma.
Bagi pertanyaan media, sila hubungi:
Aaliyah Soraya
Social Media, Lazada Malaysia
Telefon Bimbit: +6012 – 232 0333
E-mel: aaliyah.soraya@lazada.com.my
Share:

0 comments:

Satu Malaysia

Satu Malaysia
Dikuasakan oleh Blogger.
Lazada Malaysia

Facebook

'; /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })(); '; // required: replace example with your forum shortname /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function () { var s = document.createElement('script'); s.async = true; s.type = 'text/javascript'; s.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/count.js'; (document.getElementsByTagName('HEAD')[0] || document.getElementsByTagName('BODY')[0]).appendChild(s); }());

Recent Posts

Pages

Theme Support