" Dalam menghadapi cabaran kehidupan, manusia memerlukan sokongan malaikat."
Percaya kepada malaikat adalah rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan sahaja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah;
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaianya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:"Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakan: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.' "
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesunguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selasai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat akhir al-Fatihah sehingga selasai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul saat solat subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada meraka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba Ku?"
Meraka menjawab; 'Kami datang sedangkan meraka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan meraka sedangkan meraka sedang melakukan solat, ampunilah meraka pada hari kiamat."
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakanya adalah doa yang dikabulkan. Pada kepalanyaada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan,malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasululah s.a.w bersabda, maksudnya; "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasululah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasululah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh."
Itulah antara meraka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Satu Malaysia

0 comments:
Catat Ulasan