HUKUM BANGKAI DALAM ISLAM

Diharamkan makan bangkai melalui Firman Allah:  
Maksudnya: "Diharamkan kepadamu untuk memakan bangkai..." (3: AI-Maidah)
Definasi  bangkai oleh Dr Yusuf Qa-rdawi :
"Haiwan yang mati tanpa pebuatan manusia yang berniat untuk menyembelihnya dan memburunya." 

Pengkecualian
   Islam  telah   mengkecualikan   ikan  dan seumpamanya dari haiwan yg hidup dalam air sepenuhnya daripada hukum haram   makan   bangkai.   Halal   makan bangkai tersebut. Ketika mana Nabi s.a.w ditanya tentang air lautan, baginda menjawab: "Airnya suci lagi menyucikan serta halal bangkainya." (Hr Ashabus Sunan dan Ahmad) Dalam hadis ada menceritakan Nabi s.a.w mengutuskan pasukan tentera dikalangan sahabatnya. Dalam perjalanan, mereka mendapati bangkai seekor ikan yang besar yang di campakkan oleh ombak laut. Mereka telah memakannya selama lebih 20 hari. Setelah mereka kembali ke Madinah, mereka menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Maka baginda bersabda: "Makanlah terhadap rezki yang Allah telah berikan kepada kamu. Berilah kami makan ikan tersebut sekiranya masih ada lagi bersama kamu." Maka sebahagian sahabat memberi ke­pada baginda. Lalu baginda memakannya. (Hr Bukhari) Demikian juga dengan belalang, ia juga dihalalkan untuk dimakan dengan tidak disembelih. Ibnu Abi Aufa berkata: "Kami telah menyertai tujuh peperangan dengan memakan belalang." (Hr Jamaah melainkan Ibnu Majah)


Penggunaan kulit, tulang dan bulu binatang 
   Pengharaman bangkai adalah pengharaman memakannya. Adapun menggunakan kulit, tanduk, tulang dan bulunya adalah dibenarkan. Malahan dituntut kerana ia adalah harta yang perlu digunakan dan tidak boleh disia-siakan. Apabila Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dengan bangkai kambing. Nabi s.a.w bersabda: "Mengapa kamu tidak kamu ambil kulit bangkai itu, kamu sertu kemudian kamu boleh menggunakannya." Para sahabat berkata: "Kulit itu adalah bangkai!" Nabi s.a.w menjawab: "Pengharaman hanya     memakannya sahaja"(Hr Jemaah melainkan Ibnu Majah)
 
   Dr Yusuf Qardawi berkata: "Kebenaran ini merangkumi semua kulit termasuklah kulit babi dan anjing. Inilah pendapat ahli Zahir, Abi Yusuf dan pendapat yang ditarjihkan oleh as-Syaukani." Adapun kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafie menyatakan tidak suci kulit bangkai babi dan anjing dengan sertu. Maksud sertu yang membolehkan kulit bang­kai tadi digunakan adalah membasuhnya dengan bahan-bahan tertentu sehingga kalau di celup di dalam air yang bersih maka air tadi tidak kotor.
Rujukan: aHtalal Hal haram III Islam oleh Dr Yusuf al-Qardaw!
Share:

0 comments:

Satu Malaysia

Satu Malaysia
Dikuasakan oleh Blogger.

Facebook

'; /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })(); '; // required: replace example with your forum shortname /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function () { var s = document.createElement('script'); s.async = true; s.type = 'text/javascript'; s.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/count.js'; (document.getElementsByTagName('HEAD')[0] || document.getElementsByTagName('BODY')[0]).appendChild(s); }());

Recent Posts

Theme Support