Panduan Membina Laman Web

Dunia Internet anda bermula di sini...


Jimatkan wang anda dengan panduan mudah langkah demi langkah membina laman web dan salesletter anda sendiri...
Disertakan panduan Cpanel, memasang Autoresponder, Ad Rotator, Sistem Affiliate,
Borang, dan Skrip Tambahan.



Adakah anda selama ini tercari-cari satu panduan yang lengkap tentang cara yang mudah membina laman web sendiri...?


Kini anda mampu membina dan memiliki laman web sendiri tanpa perlu mengupah orang lain dengan panduan yang diberikan di dalam ebook "Panduan Asas Membina Laman Web" ini.


Tahukah anda..?
Dunia Internet semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Pengguna Internet akan terus bertambah setiap tahun di seluruh dunia. Hasil daripada pertambahan ini, turut memberi kesan kepada pertambahan jumlah laman web. Ini kerana semakin ramai pengguna Internet ingin memiliki laman web atau blog mereka sendiri.
Keghairahan memiliki laman web sendiri semakin bertambah dengan keseronokan dan kelebihan yang diperolehi. Dengan memiliki laman web sendiri anda boleh melakukan apa sahaja termasuklah melakukan perniagaan secara online, berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan, membina jaringan dan sebagainya.
Dalam keseronokan untuk memiliki laman web sendiri, timbul bermacam-macam persoalan tentang perkara yang berkaitan dengan laman web itu sendiri. Tentunya persoalan yang paling besar ialah bagaimana membina laman web tersebut



Masalah orang baru...?
Jika anda orang yang berminat untuk membina laman web sendiri tetapi tidak tahu untuk melakukannya, tentunya persoalan-persoalan seperti berikut akan muncul di dalam fikiran anda :

    Bagaimanakah laman web itu dibina...?       
    Saya ingin memiliki laman web sendiri. Tapi bolehkah saya membina laman web sendiri yang menarik..?      
    Apakah perisian-perisian yang senang dan sesuai digunakan untuk membina laman web sendiri..?      
    Di manakah laman web itu diletakkan supaya semua orang yang melayari internet boleh melihat laman web yang saya hasilkan..?       Apakah yang dimasukkan dengan domain name.? Di manakah saya boleh mendapatkan nama domain kesukaan saya..?      
    Bagaimanakah caranya untuk saya menghantar laman web yang telah siap dibina ke Internet .?      
    Berapakah kos yang perlu saya tanggung untuk memiliki tapak web dan nama domain sendiri..?      
    Dengan jumlah laman web yang berjuta-juta di Internet, bagaimana orang ramai boleh mengetahui kewujudan laman web saya?  


Demikianlah beberapa persoalan yang biasa ditimbulkan oleh orang yang baru berangan-angan untuk memulakan pembinaan laman web seterusnya mempunyai laman web di Internet. Mungkin juga ada lagi persoalan-persoalan lain yang menjadi kebimbangan anda yang tidak disenaraikan di atas.
Apa pun persoalan yang anda fikirkan, anda tidak perlu bimbang, kerana ebook ini akan menjawab segala presoalan tersebut dengan jelas dan menjadikan angan-angan anda suatu kenyataan. Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca penerangan seterusnya.
 
Diri Anda & Laman Web,Tidak kisah siapa diri anda, tidak kisah walau apa pun pekerjaan yang anda lakukan, bila anda peminat Internet dan teringin untuk memiliki laman web sendiri, maka inilah peluang anda untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat dengan membina laman web kesukaan anda. Anda tidak tahu membina laman web, anda masih ragu dan tidak tahu perkara yang berkaitan dengan keperluan membina laman web tersebut, dan bimbang serta ragu anda terus ditekan oleh keinginan untuk membina dan memiliki laman web sendiri. Maka melalui ebook ini, saya kongsikan pengalaman dan pengetahuan saya berkaitan dengan panduan asas membina laman web untuk menghilangkan kebimbangan dan keraguan anda itu. Jika anda mempunyai produk sendiri untuk di pasarkan di Internet, maka anda memerlukan laman web dan salesletter. Oleh itu, ebook ini memberikan anda panduan untuk membina laman web jualan dan salesletter seterusnya melakukan promosi yang berkesan. Adalah satu kerugian jika produk anda tidak dapat dipasarkan secara berkesan di Internet melalui laman web yang menarik. 






Jika anda mengupah orang lain, kemungkinan kos minimum yang anda tanggung mencecah RM300 - RM500. Tapi dengan panduan ini anda hanya membelanjakan beberapa puluh ringgit sahaja untuk memiliki laman web sendiri.




" Panduan Asas Membina Laman Web "

BAHAGIAN 1
Bahagian ini terdiri daripada 6 tajuk utama iaitu :
-Pengenalan kepada dunia Internet, pembinaan laman web dan -ebook Panduan Asas Membina Laman Web.
-Melalui ebook ini turut diterangkan tujuan-tujuan seseorang hendak memiliki laman web sendiri.
-Seterusnya tajuk mengenali laman web seperti ciri-ciri yang perlu ada kepada sesebuah laman web dan struktur laman web tersebut.
-Keperluan membina laman web. Keperluan yang dimaksudkan ialah keperluan perkakasan dan keperluan perisian.          -Perisian-perisian yang boleh anda gunakan untuk membina laman web. Terdapat beberapa perisian yang senang digunakan dalam membina laman web tersebut.
-Akhir sekali mengenali paparan dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam persekitaran Frontpage yang menjadi perisian utama di dalam penerangan keseluruhan ebook ini.

 




BAHAGIAN 2
Bahagian ini pula terdiri daripada 9 tajuk utama iaitu :
-Mengenali URL. Apakah yang dimaksudkan dengan URL dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
-Seterusnya mengenali serba sedikit kod-kod bahasa HTML yang menjadi bahasa utama di dalam sesebuah laman web.
-Tajuk ketiga dalam bahagian ini merupakan penerangan utama di dalam ebook ini. Dalam bahagian ini diterangkan tentang langkah dan perancangan memulakan pembinaan, penggunaan table, membina header dan menu, interactive button, membina sidebar, membina footer dan background, menulis kandungan, membina jadual, penggunaan layer, membina halaman baru dan tajuk halaman web anda.
-Tajuk seterusnya menerangkan penggunaan teknik Iframe. Dua penerangan dalam tajuk ini ialah Iframe untuk sidebar dan Iframe untuk Ad Rotator.
-Membuat dan menetapkan Hyperlink. Hyperlink yang biasa dibuat ialah Link Biasa, Link Download dan Link Email.
-Membina borang menggunakan Text Editor dan membina borang menggunakan perisian membina laman web.
-Edit web template percuma untuk dijadikan laman web anda yang menarik.
-Seterusnya tajuk membina salesletter, perkara yang berkaitan tujuan dan ciri-ciri salesletter serta langkah-langkah membina salesletter.
-Akhir sekali penerangan berkaitan laman web dan blog. Pembinaan sebuah blog, ciri-ciri dan jenis serta fungsi sesebuah blog. 



BAHAGIAN 3
Bahagian 3 terdiri daripada 6 tajuk utama iaitu :
-Penerangan berkaitan dengan meta tag dan keyword. Kepentingan dan bagaimana keyword berfungsi, teknik mencari keyword yang tepat dan cara meletakkan keyword di halaman web anda.
-Penerangan berkaitan dengan web hosting, pemilihan web hosting dan jenis-jenis web hosting.
-Penerangan berkaitan dengan domain name dan cara-cara memilih domain name kesukaan anda.
-Penerangan seterusnya berkaitan dengan upload halaman web ke web hosting anda, perisian yang diguanakan untuk upload serta cara untuk melakukan proses uplaod.
-Langkah-langkah untuk menghantar laman web dan domain anda ke enjin carian seperti Google dan Yahoo.
-Promosi-promosi yang perlu anda lakukan supaya orang ramai boleh melihat dan mengenali laman web anda.




BAHAGIAN 4
Bahagian ini berkaitan dengan panduan Cpanel. Dua tajuk utama dalam bahagian ini ialah :
-Menerangkan tentang panduan membina database pada hosting anda, fungsi database tersebut serta membina table database supaya ia dapat berfungsi dengan baik.
-Tajuk seterusnya ialah panduan langkah-langkah membina email sendiri pada hosting anda.




Bahagian akhir ebook ini adalah berkaitan dengan panduan skirp yang diberikan secara percuma. Terdapat 6 tajuk utama di dalam bahagian ini iaitu :
-Tajuk pertama di dalam bahagian ini ialah panduan berkaitan dengan cara-cara memasang skrip tambahan ke dalam laman web utama anda.
-Panduan bagaimana anda memasang dan memasukkan skrip JavaScript ke dalam laman web anda.
-Seterusnya penerangan tentang Ad Rotator, kelebihan penggunaannya dan cara pemasangan Ad Rotator tersebut.
-Turut disertakan penerangan pemasangan skrip borang. Terdapat dua skrip untuk borang iaitu borang hubungi dan borang pesanan.
-Seterusnya penerangan berkaitan Autoresponder. Langkah meletakkan autoresponder, kelebihan autoresponder dan kepentingan email marketing.
-Akhir sekali penerangan berkaitan dengan sistem Affiliate. Cara sistem Affiliate berfungsi dan kelebihan memasang sistem ini untuk produk dan perkhidmatan anda.....
  Semua yang dinyatakan di atas hanya terdapat di panduan  membina web. Untuk mendapatkanya,sila layari : panduan membina web

                                                                                                                         
Share:

0 comments:

Satu Malaysia

Satu Malaysia
Dikuasakan oleh Blogger.
Lazada Malaysia

Facebook

'; /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })(); '; // required: replace example with your forum shortname /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function () { var s = document.createElement('script'); s.async = true; s.type = 'text/javascript'; s.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/count.js'; (document.getElementsByTagName('HEAD')[0] || document.getElementsByTagName('BODY')[0]).appendChild(s); }());

Recent Posts

Pages

Theme Support