IMPAK BUKU DAN ILMU

"Sikap tidak mahu membaca akan membawa kepada kekalnya seseorang di dalam kejahilan dan kealpaan"
Pujangga Melayu menuturkan:
"Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Bagi bunga kembang takjadi." 

Bercakap tentang ilmu, pasti apa yang dituturkan oleh pujangga Melayu yang tidak bernama di atas, amat sesuai. Ilmu itu sendiri tetap berada di mercu sesuatu binaan, bernilai tinggi jika diukur dari segi harga dan amat berguna pula dilihat dari segi keperluan hidup. Ilmu tidak dapat diukur dengan kayu ela begitu, kerana martabat ilmu duduknya tinggi dan mulia. 
    Ilmu itu perlulah dicari, dan dicari dengan keringat, susah-payah, jerit perih, dan bersekang mata. Tidak ada jalan pintas untuk mendapat ilmu. Begitukah sikap kita dalam mengejar ilmu? Mungkin sebahagaiannya ya. Mungkin sebahagiannya tidak. Perhatikan gelagat segelintir anak-anak kita yang culas dalam perhal mengejar ilmu. Ibarat membawa lembu ke paya, disuruh minum air, tetapi sedikit pun tidak pedulikan air di depan mata.
   Kiasan yang dikemukakan oleh Dr. Aidh AI-Qarni di dalam bukunya, "Cahaya Agama" (Hakadza Haddastanaz-Zamaan),cukup indah dan tepat tatkala beliau membicarakan perihal penuntut yang rajin belajar (dan mendapat ilmu) dengan penuntut yang malas belajar (dan tidak mendapat ilmu) 
   Demikian kata Dr.Aidh Al-Qarni,"Kehidupan seorang penuntut ilmu bagaikan sebuah kebun, di dalamnya terdapat berbagai macam pohon, bunga, buah-buahan dan sungai yang selalu mengalir. Adapun kehidupan seorang yang bodoh dan tidak mahu belajar bagaikan padang pasir yang gersang, panas dan menakutkan,"
   Padang pasir yang gersang tidak dapat menghasilkan apa-apa.
la mengeluarkan bahang panas dan sang serigala pun sukar hidup di sana. Itulah ibarat orang tidak dapat menguasai ilmu yang berguna. Sukar sekali mereka itu untuk meningkatkan diri sendiri apa lagi untuk membangun masyarakat dan negara. Sebaliknya orang yang berilmu dan memanfaatkan ilmu bakal memakmurkan alam seluruhnya.
   Akibat daripada ketiadaan ilmu, mereka ini pula pasti terpisah daripada buku yang mengandungi banyak ilmu itu pula. la menjadi semacam lingkaran setan yang sukar dileraikan. la akan berpusing-pusing antara tidak membaca kerana kejahilan,dan kejahilan menyebabkan tidak membaca. Lingkaran ini amat
menakutkan.

   Sekali lagi Dr. Aidh AI-Qarni menghimbau perdoalan ini. Sikap tidak mahu membaca akan membawa kepada kekalnya seseorang di dalam kejahilan dan kealpaan. Satu kerugian besarbila wujud keadaan seperti ini.
   Perhatikan kata Dr. Aidh AI-Qarni, "Sungguh kasihan sekali orang yang tidak mahu membaca dan belajar. Kerana dia tidak mendapatkan sesuatu hal yang baru, di dalam hidupnya dia tidak memiliki sesuatu yang istimewa.
   Dia akan selalu berada dalam keadaan lupa dan lalai, kerana dia tidak pernah membaca satu pun ayat yang bisa menggetarkan jiwanya, tidak pernah membaca sebuah hadis yang bisa menyedarkan dirinya atau membaca sebuah kisah yang menarik bagi dirinya atau sebait syair yang menggembirakan hatinya atau satu pelajaran yang bermanfaat bagi dirinya."  
   Tanpa membaca buku-buku yang bermutu tinggi dari segi isi kandunginya, menjadi satu punca tidak tumbuh rasa kesedaran, keinsafan, ketahanan dan nilai-nilai positif yang lain. Kegemaran membaca bahan bermutu mesti diaktifkan. Bila sudah menjadi budaya, seseorang merasa rugi bila ketiadaan bahan-bahan bacaan bermutu untuk santapan rohaninya.
   Dr. Aidh bin Abdullah bin Aidh AIQarni yang pendapatnya dikutip di sini, merupakan penulis buku dan ulama terkenal di Saudi Arabia. Beliau lahir di AI-Qarn, Selatan Saudi pada 1379 H. Beliau awalnya menuntut di Madrasah Ibtidaiyah Ali Salman. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Ma'had llmi. Beliau mendapat ijazah Sarjama Muda dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Al-lmam Muhammad bin Sa'ud. Beliau kemudiannya mendapat Ijazah Doktor Falsafah di universiti yang sama pada tahun 1422 H. Beliau merupakan seorang yang hafal al-Quran dan Hadis, di samping syair-syair.
   Bidang khusus Dr. Aidh ialah bidang hadis tetapi menguasai berbagai bidang ilmu Islam seperti tafsir, fiqh, sastera dan sejarah. Kemampuan beliau menguasai ilmu itu membuatkan beliau mampu menulis puluhan buku, manakala ratusan tajuk syarahan tersebar dalam bentuk kaset. Salah satu buku beliau yang mula terkenal di Malaysia ialah "La Tahzan" diterjemahkan sebagai "Jangan Bersedih".
   Pintu untuk menimba ilmu luas terbuka. Dr. Aidh inginkan ummah memberi masa untuk membaca bukubuku yang bermutu. Beliau telah menyarankan satu masa "menyendiri" (berseorangan diri) diambil untuk membaca.
   Perhatikan kata Dr. Aidh dalam hal ini, "Wahai orang yang bisa bersabar untuk menyendiri, yang dibukakan baginya pintu pengetahuan dan wawasan, yang bersabar hanya berteman buku, jangan kamu bersedih hati dan menyesal kerana hilang beberapa hal di luar sana.
   Sebenarnya kamu hanya kehilangan orang yang iri atau orang yang cepat bosan atau orang bodoh atau orang yang pemarah atau orang dungu. Barang siapa yang telah merasakan nikmatnya uzlah "(menyendiri) bersama buku-buku yang bermanfaat, maka dia tidak akan menginginkan pengganti yang lain, walaupun itu berupa kerajaan Kisra dan Caesar."
   Betapa hebat kesan budaya membaca buku-buku bermutu itu. Orang yang benar-benar menikmati buku yang bermutu, tidak akan menukarnya dengan sesuatu yang lain, hatta dengan sebuah kerajaan sekalipun. Walaupun ini satu kiasan, namun ia mungkin benar bagi diri Dr. Aidh sendiri. Bila membaca karyanya "Cahaya Zaman", hal ini memang ditekankan oleh beliau.
   Buku bemutu dari segi isinya tetap memberi ilmu. llmu itu pula akan membawa kepada ketakwaan. Bagi Dr. Aidh ilmu itu seperti cahaya. Penting bagi pemiliki ilmu untuk melaksanakan ilmu yang dimilikinya. Kalau tidak cahaya ilmu itu akan padam. Ummah digesa memanfaatkan ilmu. Kata Dr.Aidh AI-Qarni, "Cahaya ilmu sirna disebabkan kemaksiatan, berbaur dengan orang-orang yang terlena dengan dunia dan disebabkan sikap teledor (lalai) dalam menjalankan ibadah sunnah. Akibatnya, ilmu yang dimiliki hanya terbatas di bibir saja, tidak ada cahaya, wibawa, ketenangan, dan ketenteraman di dalamnya." 
   Itulah betapa eratnya kaitan antara buku bermutu, ilmu dan amal. Unsur ini perlu disenyawakan untuk menjadikan alam ini sejahtera. Setiap individu muslim perlu merebut peluang ini dengan sungguh-sungguh. Gerakan membaca untuk mendapat ilmu dan mengamalkan ilmu itu juga memerlukan semangat yang keras dan tegas.
   Akhirnya sebagai kesimpulan, cernalah buah fikiran Dr. Aidh AI-Qarni dalam bukunya "Cahaya Zaman" seperti katanya, "Sebenarnya (apa) yang diharapkan dari sebuah aktiviti membaca adalah hasil, manfaat, dan dampak dari bacaan tersebut, baik terhadap peribadi si pembaca mahu pun terhadap orang lain, baik dalam hal ucapan maupun perilaku, baik hasil tersebut berupa nasihat, pelajaran mahu pun sebuah buku".(Oleh Darma Mohammad- mingguanwasilah)
Share:

0 comments:

Satu Malaysia

Satu Malaysia
Dikuasakan oleh Blogger.

Facebook

'; /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })(); '; // required: replace example with your forum shortname /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function () { var s = document.createElement('script'); s.async = true; s.type = 'text/javascript'; s.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/count.js'; (document.getElementsByTagName('HEAD')[0] || document.getElementsByTagName('BODY')[0]).appendChild(s); }());

Recent Posts

Theme Support