Cara Untuk Menghilangkan Bau Badan

Fakta MENGERIKAN Yang Anda
Tidak Pernah Tahu Tentang
"Deodorant" Yang Anda Pakai
Tiap-Tiap Hari 


"...dan bagaimana anda mungkin telah terpedaya
bertahun-tahun lamanya"


Apa yang anda bakal baca mungkin akan memeranjatkan anda.
Malah, ia juga mungkin akan menakutkan anda.
Anda bakal mengetahui 'deodorant' yang anda pakai tiap-tiap
hari sebenarnya satu 'muslihat' yang tidak menyelesaikan
masalah pokok pangkal badan atau ketiak berbau. Malahan,
kajian saintifik juga menyarankan ia kemungkinan faktor
penyebab penyakit-penyakit kronik.
Kebanyakan produk yang ada di pasaran adalah jenis anti-perspirant.
Cuba anda lihat pada produk yang anda pakai, dan ternyata akan ditulis samada
deodorant atau anti-perspirant (kemungkinan besar anti-perspirant)
Prinsip kerja anti-perspirant sangat mudah. Ia menyempitkan rongga
peluh pada ketiak, supaya peluh akan sukar keluar.
Kononya jika anda tidak berpeluh, maka badan anda tidak akan
berbau....TAPI...

Adakah Peluh Penyebab Badan Berbau?                                                                 Ramai antara kita yang berpendapat bahawa bau busuk
pada badan adalah disebabkan oleh peluh. Mungkin
anda berpendapat begitu juga. Saya juga berpendapat
sedemikian satu masa dahulu.
Rupa-rupanya, ini salah!
Kalau tak percaya, cuba anda berdiri di tempat yang panas
dan tunggu badan anda berpeluh.
Bila dahi anda dan tangan anda mula berpeluh, cuba bau
peluh anda. Busuk tak? Tidak bukan?
Tapi setelah beberapa lama baju anda yang lembab disebabkan
berpeluh, baru akan ada tanda-tanda bau busuk.
Ini bukti yang peluh itu sendiri tidak berbau.
Sebenarnya, bahan buangan bakteria yang menyebakan
bau busuk tersebut.
Ok, sekarang mari kita fikir sejenak. Bahagian badan manakah
paling kuat berbau. Di ketiak bukan?
Kenapa?
Pertama sekali, anda perlu faham yang bau kurang senang itu disebabkan
oleh bahan buangan bakteria. Bukannya peluh!
Bakteria suka tempat-tempat yang lembab dan panas.
Ketiak kita merupakan bahagian badan yang selalu mengeluarkan peluh.
Ketiak kita juga sebenarnya panas (disebabkan selalu terkepit
oleh lengan). Kalau tak percaya, cuba anda kepit jari-jari
anda dibawah ketiak. (tapi tolong lakukan bila tiada orang,
nanti jatuh pula air muka!).
Mesti jari jemari anda akan terasa lebih panas dari biasa.
Oleh itu bakteria akan dengan cepat sekali berkumpul di
bahagian ketiak.
Bakteria akan 'makan' peluh, sel-sel kulit yang mati, rambut
dan rambut yang mati. Hasil pemakanan ini (seperti
manusia juga) bakteria akan 'buang air'. Hasil pembuangan
inilah yang menyebabkan bau busuk. Proses ini juga
dikenali sebagai 'bacterial fermentation'.
Jadi, anda sudah faham sekarang bahawa bau busuk
badan anda disebabkan oleh bakteria, dan bukannya peluh.
Penyelesaian masalah ketiak berbau bagi lebih dari 90% manusia adalah
dengan menggunakan anti-perspirant.
Mungkin termasuk anda. Yang pastinya, termasuk saya juga satu
masa dahulu.
Sedarkah anda bahawa anda telah dimanipulasi?
Mungkin juga ditipu?!
Mari kita lihat satu-persatu.
Deodorant adalah bahan pewangi yang digunakan untuk 'menutup' atau 'mengaburi' bau busuk. Ia
bukannya penyelesaian muktamad bagi badan berbau.
Apa akan berlaku bila deodorant yang anda pakai
sudah kering, atau telah diserap oleh kulit anda? Badan
anda akan kembali berbau. Dan anda akan terpaksa
membeli deodorant secara berterusan seumur hidup
untuk terus 'mengaburi' bau busuk badan anda.
Anti-perspirant pula adalah produk yang lebih popular
dari deodarant di zaman sekarang ini. Tujuan anti
perspirant adalah untuk mengurangkan peluh.
Ia menyumbatkan liang liang peluh pada kulit anda.
Jika tidak percaya, cuba lihat pada isi kandungan
anti-perspirant yang anda pakai. Semestinya ia akan
mengandungi bahan seperti Aluminium Ziconium atau
apa-apa sahaja yang mengandungi perkataan 'aluminium'.
Bahan ini digunakan untuk menyumbat liang-liang peluh
anda supaya anda kurang berpeluh.
Konon-kononnya kalau anda tak berpeluh, badan anda tak
berbau.
Tapi...
Anda harus tanya, kenapa kita berpeluh? Kita berpeluh
supaya badan kita dapat mengurangkan haba dan mengawal
suhu badan. Berpeluh adalah sihat. Kenapa bila kita demam,
ibu-bapa kita suatu masa dahulu selalu mengatakan bila sudah
berpeluh, itu petanda baik? Mengapa bila orang bersukan,
selepas berpeluh badan akan rasa segar?
Peluh adalah anugerah Tuhan. Adakah manusia lebih bijak
dari Tuhan dengan menyekat peluh kita sendiri?
Jadi adakah anti-perspirant juga penyelesaian muktamad
bagi badan berbau? Tidak! Ia cuma mengurangkan peluh!
Dan sebagaimana dinyatakan di awal-awal
laporan ini, PELUH KITA TIDAK BERBAU!
Tambahan pula, ada juga kajian yang menyatakan bahan
aluminium yang terkandung di dalam anti-perspirant
boleh menyebabkan penyakit Alzheimers . Para saintis juga
menyarankan untuk mendalami kajian yang bahan ini
kemungkinan penyebab kanser payu dara!
Ia terbukti mampu mengubah DNA dan gen seseorang, dan
ada juga kajian ia boleh mengganggu pemikiran otak.
Selama ini, kita membeli produk tersebut secara berterusan tanpa
menyelesaikan masalah sebenar kita secara pokok pangkal,
malah boleh membahayakan kesihatan kita pula.
Tambahan lagi, terdapat banyak lagi produk-produk lain yang kita
gunakan semasa mandi, yang menggalakan penempatan
bakteria! Anda mungkin tidak menyedarinya, tapi percayalah
yang anda sedang melakukannya sekarang tiap-tiap hari.
Anda di supaya anda menyingkap rahsia,
bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah bau
badan secara total dan muktamad. Bukan 'mengaburi' bau
badan dengan pewangi, dan juga bukan membuat pertaruhan
terhadap kesihatan anda... tetapi dengan menghapuskan
terus badan berbau dengan cara yang betul.
Penyelesaian secara semulajadi cuma beberapa minit dari sekarang.

Memperkenalkan
“Hapuskan Badan Berbau” ia mengandungi apa sahaja yang anda perlu tahu untuk menghapuskan perpeluhan berlebihan di ketiak secara cepat, mudah dan semulajadi!
Ia satu proses yang mudah, yang mengambil masa 30 saat setiap hari, dengan munggunakan bahan-bahan yang mudah dicari dan murah (mungkin juga anda memang sudah memiliki bahan-bahan ini). Ia mudah untuk dimasukkan ke dalam rutin harian anda, dan ia akan menghapuskan masalah peluh berlebihan selama-lamanya!
Juga dapatkan tips-tips dan teknik- teknik menarik yang boleh anda gunakan dalam kehidupan seharian anda. Untuk mendapatakan maklumat selanjutnya, sila layari : “Hapuskan Badan Berbau” 


          

Share:

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Mcm mna nk contact kalu nk beli

Satu Malaysia

Satu Malaysia
Dikuasakan oleh Blogger.
Lazada Malaysia

Facebook

'; /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })(); '; // required: replace example with your forum shortname /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function () { var s = document.createElement('script'); s.async = true; s.type = 'text/javascript'; s.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/count.js'; (document.getElementsByTagName('HEAD')[0] || document.getElementsByTagName('BODY')[0]).appendChild(s); }());

Recent Posts

Pages

Theme Support