PEMBALASAN DI DUNIA (Akibat Derhaka Kepada Orang Tua)


Penampilan lelaki itu jauh dari ukuran moden.
Rambutnya, yang panjang separas bahu
mengerbang. Biji matanya tak pernah terlihat
kerana sentiasa dilindungi kacamata hitam. Namun
semua gayanya itu bukan dimaksudkan
memperlihatkan kehibatanya. Apalagi,pakaian
yang dikenakan juga agak sederhana, kalau tidak
boleh dikatakan lusuh.

Mamat! Begitulah nama singkat yang dimiliki lelaki
itu. Disebalik penampilannya yang bersahaja, lelaki itu
sesungguhnya menyampan potensi sebagai lelaki idaman
wanita. Tubuhnya yang berkulit putih, tinggi besar,
nampak gagah.Raut-raut ketampanan juga menghiasi
wajahnya. Sayang, semuanya tengelam lantaran tidak
terawat dengan baik.
Orang yang belum mengenalinya secara dalam,
mungkin juga akan merasa kasihan, jika tidak
mengetahuai kenyataan yang ada pada diri lelaki berusia
35 tahun itu. Sebenarnya, Mamat adalah orang cacat.
Kerana itu dia selalu mengenakan kacamata hitam
bukanlah untuk bergaya. Kacamata itu untuk menutupi
matanya yang buta. Jika kacamatanya dibuka baru dapat
diketahui Mamat buta terutama waktu berjalan, ia
meraba-raba kalau tidak mengunakan tongkat
sebagai pemandu.
 Bukan saja buta, lelaki yang masih membujang itu
tidak memiliki telapak tangan, kudung dari
pergelangan.Cacat pada tangan kanannya itu tidak dilihat
orang lain, kerana Mamat hampir setiap masa
menyembunyikan tangan yang cacat dalam saku seluar.
Bagi melakukan sesuatu ia mengunakan tangan kiri
yang sebenarnya juga tidak normal lagi. Tangan kirinya
itu mudah sekali kesemutan dan ngilu kerana digunakan
mengangkat benda-benda berat atau agak lama lama
digunakan mengerjakan sesuatu.
Sudah sekitar tujuh tahun Mamat hidup dengan
kecacatan fiziknya itu. Selama itu, ia banyak
menghabiskan waktu di rumah saja, seorang diri. Ya, ia
memang sendirian mendiami rumah 'peninggalan'
orang tuanya. Ia hidup dari belas kasihan orang lain.
 Seperti yang ditulis diatas, orang yang baru
mengenali Mamat pastinya akan terus merasa hiba atau
kasihan sebaik melihat keadaannya. Tetapi, meraka akan
merubah pandanganya, setelah meraka mengatahuai
riwayat kecacatan atau punca kecacatan itu
terjadi.


        AZAB TUHAN


UNTUK pengetahuan dan boleh menjadi ikhtibar
serta ingatan bagi semua orang, ramai orang yang menilai
cacat fizik Mamat sebagai azab Tuhan. Dosa apakah yang
telah dilakukan oleh Mamat, hingga harus menanggung
derita sedemikian tragis ?
Beberapa tetangga yang mengenali nya sejak kecil,
mengungkapkan,Mamat termasuk anak yang derhaka
pada orang tuanya. Tanda-tanda kederhakaanya sudah
muncul sejak ia masih belia. Selain kerap berkumpul
dengan rakan sebayanya, ia kerap membantah cakap
orang tuanya yang mahu membentuk sikap kurang
ajarnya.
Tabiat buruk Mamat terbawa-bawa sampai zaman
remajanya. Bahkan, semakin menjadi-jadi. Ketika masih
duduk dibangku sekolah menengah sering ponteng, sudah
mencuba-cuba minuman keras. Sikap kurang hormat
pada orang tua semakin ketara. Tidak mahu membantu
kerja rumah. Aktivitinya hanya makan, tidur dan main
tanpa mengira masa. Ketika sudah dewasa, sikap
kasarnya terhadap orang tua tidak lagi terhad dengan
kata-kata. Sudah berani bertindak mengunakan tangan.


       ANCAM AYAH


PUNCAK dari kederhakaan Mamat terjadi pada suatu
hari di hari pertama tahun baru. Menjelang subuh, ia
baru pulang dari menyambut tahun baru bersama rakanrakannya.
Meraka berpesta minuman keras.
Kerana terlalu mabuk Mamat susah berjalan menuju
pintu rumahnya kerana tubuhnya terhoyong-hayang.
Bahkan, beberapa kali ia harus berpegang pada sesuatu
untuk menahan tubuhnya yang mahu rebah. Meskipun
akhirnya berhasil, namun waktu yang diperlukan Mamat
untuk mencapai pintu depan rumannya memakan masa
yang lama. Padahal jarak halaman rumahnya dengan
jalanrayatidak lebih sepuluh meter.
Kerana tidak boleh menampung tubuhnya lagi, Mamat
langsung tertidur di halaman rumahnya, tanpa alas. Sampai terbit
matahari, ia tetap tidur disitu. Sebenarnya, ia sudah
dikejutkan oleh ayahnya, namun tidak juga bangun.
Akhirnya, dibiarkan sahaja. Beberapa jiran tetangga yang
sempat melihat ia hanya mengeleng-gelengkan kepala.
Sampai akhirnya, ia terbangun sendiri ketika jam
menunjukan pukul sebelas pagi. Kerana malu menyedari
dia tidur di luar rumah. Ia bergesa masuk.Di dalam
rumah, ternyata kemarahannya terus meledakledak.
Yang menjadi sasaranya ialah ayahnya yang sedang
duduk-duduk di ruang tengah.

       CERCAAN


“Hoi! orang tua, kamu buta, tak nampak aku tidur di
luar, kenapa tak kejutkan aku.” Bentaknya waktu itu
dengan kasar. Mendapat cercaan seperti itu, si ayah
menjelaskan yang dia sudah berusaha membangunkanya. 
“Alaah...alasan saja ! Kamu memang sengaja mahu
mempermalukan aku .” “Awas, sekali lagi kamu buat
seperti itu,aku bunuh kamu,” Mamat mengancam. Tidak
heran lah, ayahnya yang sudah tua itu ketakutan.
Setelah meluahkan ancaman itu, dalam keadaan
bersungutsungut, Mamat langsung menuju bilik mandi.
Selepas mandi dan menganti baju,terus keluar entah
kemana. Hingga beberapa hari ia tidak pulang.
Hingga akhirnya, tiga hari kemudian, seorang polis
datang ke rumahnya. Polis itu memberitahu Mamat
mengalami kemalangan. Menurut laporan polis, Mamat
yang memboncing motorsikal kawannya melanggar pokok
besar. Mamat dan kawannya masuk wad.Ayahnya
menangis bila diberitahu, Mamat harus menjalani
pemedahan pergelangan tangan kanannya yang remuk.
Malah, matanya tidak boleh diselamatkan dari buta.
Hampir sebulan dia di hospital baru keluar. Ayahnya
yang sudah menduda sejak tiga tahun silam, jadi sebuk
melayani segala keperluan Mamat. Orang tua itu merasa
agak lapang dengan tugasnya, kerana Mamat semasa
terlantar menjadi orang yang tidak banyak memerintah.
Waktunya banyak dihabiskan untuk mengalamun.
Dan, setahun kemudian, Mamat harus hidup sendiri,
kerana ayahnya meninggal dunia.
(Variasari - Oktober 2006 )
Nama dan jalan cerita ini telah di ubah sedikit mengikut
cita rasa pengarang.Dan cerita yang disampaikan di atas
tidak ada kenamengena dengan individu atau sesiapa saja yang
hidup atau pun yang sudah meninggal dunia.Ia hanyalah rekaan
semata-mata, untuk dijadikan pedoman dan ikhtibar untuk semua.
Share:

0 comments:

Satu Malaysia

Satu Malaysia
Dikuasakan oleh Blogger.
Lazada Malaysia

Facebook

'; /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })(); '; // required: replace example with your forum shortname /* * * DON'T EDIT BELOW THIS LINE * * */ (function () { var s = document.createElement('script'); s.async = true; s.type = 'text/javascript'; s.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/count.js'; (document.getElementsByTagName('HEAD')[0] || document.getElementsByTagName('BODY')[0]).appendChild(s); }());

Recent Posts

Pages

Theme Support